Tentang Matrikulasi

30th Juy 2015, Khamis.

Assalamualaikum, dah lama sgt dah tak update entry dekat blog ni, nasib takde sarang anai-anai yg duk dalam blog anis ni. Uhuks, okay tak mau banyak cakap. Just nak sharing experience dkt matrik baru,... almost 39 days duk kat matrik tutt** nak tau matrik mana, sila rajinkan diri anda utk tgk entry sebelum ni.. rindunyaa kat kolej matrik lama...rindu sgt oii, takleh ukur tahap kerinduan tu, guna termometer pun agak2 pecah termo tu. Hahaha. K tak lawak. hahahahambar.
First week duk kt kolej baru ni, menangis jgk ah. Bkan sbb culture shock, bkn sbb friends shock, tp errr, ya Allah taktahu lah suasana kat matrik baru ni lain terus dari matrik lama...Huwaaaa. mmg rasa mcm budak sekolah , and depends on pengarah kolej matrik laa, dpt yg strict tegas tak spoting dlm semua benda, nasibla korang. *I feel it now bebeh* sobsob *crycry* :')
Tiap2 hari call umi, ckp itu dan ini kat umi. dalam seminggu dua jgk duk ckp kt umi nak berhenti matrik.. tapi tulahh, umi buat tak layan oii. *cry cry*

Byk la perbezaan dan pengalaman bila bertukar kolej... Lagi-lagi menjadi perantau di negeri utarooo. Byk mendaa la cheq belajaq.

Life kat matrik ni dia macam depends on individu tu sendiri la, kalau dgn hati yg ikhlas, redha pasrah dan rela..Korang mungkin boleh survive dgn jayanya kat sini. Bravo to budak PST sains laa kalau korang tough gilakk dot hadapi matrik, bdk PST akaun ni cam rilekk jaa, sbb dulu kat kolej lama anis dapat PST akaun tapi sbb tak minat akaun, mohon utk tukar, lulusla permohonan utk ke Sains...tapi..dapat sains PDT...korang jgn igt sains PDT ilek jaa walaupun lambat every subtopic yg diajar, gile byk kejee kay. Kadang iolls sendiri pun tak siap tutorial, lab report dan assignment, lastly copy and paste member punya. alaa tu biasalaa. ahahaha.

adik-adik yang nak masuk matrik, pls be tough kay.. tak guna jadi bang sado ke hakak sado tp bila masuk matrik, menangis nak berenti matrik.. macam anis ni...adik-adik kalau decide nak duk matrik, fokus je dgn apa korang nak. Mcm hakak anis ni, still tunggu permohonan UiTM utk sesi 2 2015 dgn SPA.. kalau tak dapat , mereput laa hakak anis kat matrik ni.

Yang penting, adik2 hakak yg bakal masuk matrik, make sure HATI KENA TOUGH,

hakak anis tak reti nak buat entri best-best ni, tp tu jaa hakak anis dpt habaq kat korang serba sedikit. ada masa hakak anis update lg :)

Sayonara :)

Kolej Matrikulasi Perlis

Assalamualaikum blogger sekalian, dah lama benar anis menyepi...hanya mampu blogwalking entry. Harini rasa rajin sangat la uolls. Sebab nak sharing something about my Ex-college..Dari tajuk pun uolls dah boleh agak kolej mana. Ye ye, saya budak kolej matrikulasi perlis utk 1 bulan sahajaaa, org lain 1 tahun, kenapa aku 1 bulan.....whyyyy? Haaaaa..meh meh mek nak habaq mai kat depa depa smua. **Pengaruh org utaro

Once upon a time........

Camni citaaa dia...anis ni budak SPM batch97...haa thats mean, anis baru je lepas SPM, and dah tahu semua result SPM, UPU, Matrik dll..Sooo, first masa dapat result SPM tu, keciwaaaaa tu mmgla..sbb tak capai target, Alhamdulillah, 5A 2B 2C+ and....yg ni paling bt aku patah hati gile woii, ada 1E .. sangkut jugak E kat result, perghh subjek apa lagi kan...ofcourse laaa Addmath...since form 4 aku main2, dan subjek paling malas nak hadap tuu, addmath laa..amekawww, result SPM dpt E, menyesal tak berguna...fyi, anis budak sains tulen, its mean there Biology, Chemist, Physics and ofcourse Addmath.

okay..then...anis fikir dah tak dapat dah matrik...sbb addmath E, so...sejak dari anis dapat result SPM haritu, anis terus tak fikir pasal matrikulasi ni...but when result UPU utk matrikulasi keluar...semua kekwn anis excited check matrik diorang, when they ask me "kau dah cek kau punya matrik?" wellsaid "malaslaaaa nak cek, dah tau tak dapat" but sorang kawan anis ni, gigih betul dia, p cek hak anis..then bgtau anis dapat tawaran matrik tu  tapi.....Jurusan Perakaunan...anis mohon Jurusan Sains sbb nanti degree nak sambung pharmacy. So, happy dgn tak happy tu sama byk...then, anis brharap kat IPTA, but when result IPTA keluar dan takdapat, serious rabak gila hati bila satu pun tak sangkut course yg anis mtk. Nangessss woiii. So, nak taknak, anis accept tawaran ke matrikulasi, nak backup diri sbb IPG tak mintak, and IPTS lagila tak mintak. Sodiss bakhang...

**Rayuan UPU pun anis tak dapat :'(

Ni diaaaa, kolej yg ditawarkan utk anis....


Kolej Matrikulasi Perlis, Jurusan Perakaunan  1 Tahun

Starting 25th May 2015, anis lapor diri kat sini. maka bermulalah kisah hidup as Kmpians. Airmata ni nak tumpah bila kereta family dh mula bergerak keluar tggal anis kat sini. Huwaaaaa..Sadokanlah hatimu anis....
Minggu orentasi or MPPB kat sini best giler! even penatla sikit kan...jumpa kawan baru, ada abang2 akak2 AJKO yg baik baik belaka. Dalam minggu orentasi tu jugak, anis bt prmohonan utk tukar courses Accounting to Science. Fuhh, mmg tekad anis ni nak jadi pharmacist.

On 1st June, anis dah start belajar. Wooooo, accounting is a new thing for me. Mula2 tu, okayla kan, sbb Lecturer mengerti kok yg takde basic acc ni. tapi makin lama, hati ni meronta, tak boleh go on. Sebab mmg tak minat, and tak boleh pun nak tanam minat tu. Mmg sepatah pun blurrr. Pergh, sebulan weyyy anis nangis. Dahla rayuan UPU tak dpt, and permohonan tukar kos pun belum keluar lg. Anis ni hati dah tak sado, dah mula rasa nak berhenti terus je. The day when i felt i want to quick the matric, i got a phone call from HEP...pasal permohonan tukar kos anis tu. Whatttt? Anis terus pergi HEP jumpa dgn Encik Bad aka org yg paling famous kt KMP :') 

Then.....permohonan anis utk pertukaran jurusan Akaun ke Sains....
DILULUSKAN wehhhhh !
Alhamdulillah, Sains PDT tapi.....
sayangnya kene transfer p KMKedah sbb dkt KMP takde PDT, cuma PST sahaja. sobsob. sedih manyakk oii. sebulan dk KMP, mcm2 kenangan ada. Sedih ke gembira ke, life must go on...

PDT : program dua tahun
PST : program satu tahun

22th June bersamaan esok, anis ke Kedah, lapor diri kat sana..Hoping that everything will be fine, dear hati yg homesick pls be sado sikit. 

Sekian sahaja perkongsian anis. Terima kasihla sbb habiskan bacaan. Hahahaha.

Nak show off sikit KMKedah... since esok akan jadi student KMK

Okaybye! 
 
Officially Copyright and Fully Design by NUEY ANIS
Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon