Trip Sabah, 4 Hari 3 Malam

| Khamis, 1 August 2019 @ 4.54 pm |

Assalamualaikum, hai ! Im back for you guys yang request nak anis tulis entry pasal trip anis ke Sabah. Sure! Here we go, stay focus gais!

Flight tickets:
KBR-KUL-KBR (return) on 11pm(27/7) - 9.10pm(31/7)
RM83.25/person

KUL-BKI-KUL (return) on 8.25am(28/7) - 12.10noon(31/7)
RM265.80/person

Hotels
28/7-30/7 @ Blue Moutain Lodge, Kundasang (2 nights)
RM198.54/2 nights

30/7-31/7 @ Yomi Hotel, Kota Kinabalu
RM69.19/1 night

Kereta 3 hari around RM300+ include minyak. (Minyak jimat sgt, isi RM50 je tahan 3 hari)

Island Hopping, 3 island Sapi-Manukan-Mamutik Island
RM55 include life jacket, swimming goggles.
RM5 entrance fee (bayar masa kat Pulau Sapi)

Makan&Shopping
Lupa dah berapa, takkira hahaha


Ramai DM anis dekat instagram kenapa anis guna Passport, pergi Sabah je pun. Passport or IC both boleh guna, sebab nanti bila korang dah sampai dekat Airport KK, korang kena ikut laluan ke Semenanjung punya sebab kena lalu Imigresen sana. Kalau korang guna IC, diorang akan print satu kertas mcm Visa gitu and korang kena simpan sampaila hari korang nak balik. Passport pulak, cop je. So anis nak senang, bawak jelah passport, tak fikir kertas Visa hilang dah. Hahahaha.

Anis bertolak dari KBR-KUL 27/7 flight jam 11.00pm, taknak rushing ambik flight esoknya. So bermalam dululah di Surau KLIA2.

First Day, 28/7/2019
- Arrived KK jam 11am mcm tu terus contact abang kereta sewa. (contact no: 0138658484 - mudah utk deal, servis okay)

- Lepas ambik kereta sewa, terus gerak dari Airport KK ke Kundasang (taknak sampai gelap kat sana sbb ambik masa dlm 2 jam lebih ke Kundasang). Dalam otw ke Kundasang tu kitorang cari kedai makan, sbb memasing dah lapar, kitorang  maps "Restoran D'Lengkuas" tapi tak jumpa, singgah jelah kedai makan halal "Warung Semboyan".
OTW ke Kundasang, sebab sehaluan.. kitorang singgah

 Jambatan Tamparuli
(sini ada jual2 and jambatan yg goyang2 panjang pulak tu, be careful nanti jatuh phone!)

Pekan Nabalu, Ranau
(Kalau nak beli souvenirs kat sini boleh, mcm2 hadooo, dahla sejuk! and ada view cantik tau kat sini)

Sampai Kundasang, check in dekat Blue Mountain Lodge, Kundasang
My reviews:
-Dapat bilik yang Mountain view
-Selesa, ada water heater, takde TV, kipas only tp tidur tak pasang kipas sbb sejuk gilaaaa kat sana.
-Ada pantri (ada dapur, peti ais, pinggan, mangkuk, gelas etc) So nak masak ke simpan benda sejuk boleh saja ya.

view depan bilik. Jangan jealous okay!

Ni bilik kitorang. Worth la dengan harga kan.

Malam tu kitorang maps kedai makan halal kan, lepastu makan la kat Restoran Shah Adilah area Kundasang.

PLEASE TAKE NOTE: Dekat Kundasang susah sikit nak cari kedai makan, so korang kena beli siap2 dekat KK makanan apa semua tu ye.Minyak kereta pun isi terus kt KK sbb dlm perjalanan pergi Kundasang, stesen minyak jauh sgt.

Second Day, 29/7/2019
-Gerak pergi Desa Dairy Farm (buka jam 8.00 pagi) Entrance Fee RM5/person


- Fish Spa Kg Luanti Entrance Fee RM5.00/person
Kat sini boleh pilih nak geli-geli dekat kaki or satu badan, kitorang pilih kaki je. hahahaha. Ambik masa anis nak masuk dalam air, takut sgt dgn ikan banyak2 ! Hahahaha

- Sabah Tea's garden Entrance Fee FREE

- Poring Hot Spring Entrance Fee RM3.00

Malam tu nak cari restoran, sekali tak jumpa..makanla KFC kat Pekan Kundasang, sedih bah. Lepas maghrib Kundasang mmg mcm pekan mati. So buat lah research dulu kedai makan yaaa

Third Day. 30/7/2019
- Check out lepastu terus gerak pergi Kota Kinabalu sebab nak ke Jesselton Point (jeti utk ke Pulau)
- Makan pagi tu masa otw pergi KK, carilah kedai2 halal...banyak je kalau dah ke arah KK.

Sampai sana, jgn lupa ambik pakej dekat Kaunter 6, Sunny Rainbow sbb murah gila utk 3 pulau and include semua yg anis dah listkan kat atas td. 




3 Pulau - Sapi, Manukan, Mamutik.

- Pukul 4 pm habis trip pulau so gerak g jeti and check in Hotel Yomi dekat tgh bandar KK
- Malam tu jalan-jalan dekat Pasar Filipina (Banyak sgt kedai so nak beli keronsang, baju, beg2, ikan2 dipersilakan) *Bundle paling besarrrr pun ada.
-Lepas jalan-jalan...terus g cari tempat makan Seafood kat tengah bandar..banyak kay kedai, kena pandai pilih tau.

**Takde gambar sbb letih sgt nak bergambar, hahaha

Last Day, 31/7/2019
-Breakfast dekat hotel and check out
-Gerak Airport KK


**Actually banyak je lagi tempat, tp kitorang taktahu sgt, so kitorang share ikut masa dan bajet kitorang jeeee ni. Korang boleh rujuk trip org lain jugak, mana tahu ada lg tempat menarik kt Sabah.

TQ sebab sudi baca! Kalau nak tanya apa-apa boleh DM anis dekat Instagram anis tau? username : @nueyanis @anisbougas
 
Officially Copyright and Fully Design by NUEY ANIS
Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon