Trip Hatyai,Thailand 3 Hari 2 Malam

| Khamis, 27 Jun 2019 @ 5.13pm |

           Assalamualaikum, hi korang..
Dah lama anis tak berceloteh di entry blog anis, so today anis nak share trip anis ke Hatyai, Thailand sbb ramai yang DM anis dekat instagram tanya how to go there, berapa budget, hotel booked dekat mana, etc. Anis selalu pergi dengan family, lebih 10 kali lah dah keluar masuk Hatyai tu.. Kalini anis pergi dengan babygirls Anis..Anis pergi sana 3 hari 2 malam and total budget RM400 macam tu.

6 Disember 2017 Malam.
Kitorang stay dulu dekat Alor Setar 1 malam, bermalam kat Bee Garden Motel RM33.00 (RM11/sorang) - Agoda

DAY 1 ( 7 DISEMBER 2018 )

Naik train dari KTM Alor Setar - Padang Besar ( RM5.70 ) jam 7.30 pagi, sampai sana around 8.30 pagi.
Kat sana nanti, korang ada 2 options, samada nak naik Train Padang Besar-Hatyai or naik van dekat area KTM Padang Besar tu.
Kalau nak naik train, ada 2 trip je dari Padang Besar ke Hatyai ( RM7-10 anis lupa berapa RM)
- Jam 9.55 pagi waktu MY / 8.55 pagi waktu TH
- Jam 4.40 petang waktu MY / 3.40 petang waktu TH

Anis and the geng naik van sbb time kitorang pergi tu ramai gila orang yg beratur nak naik train..So kitorang decide naik van which is costs us RM22 seorang include borang yg korang wajib isi bila nak masuk Thailand ya. *Naik van takde masa tetap, so korang boleh bajet sendiri la masa nak pergi Hatyai, sbb 1 jam je perjalanan ke sana.*


Singapore Hotel 3 Hari 2 Malam RM111.54 (RM37.18/sorang) - Agoda
Hotel kitorang ni cukup selesa kena la dengan harga bajet kitorang tu. Wifi ada jangan risau, lajuuuu kay. Lift not provided, so bg kitorang yg backpack ni okayla nak mendaki tangga. Kitorang cari hotel last minute, so ni yang paling murah and paling dekat dengan Hatyai Centre.

Sampai je sana .. aktivit pagi sampai malam
- Check in hotel
- Pergi Salma's Restaurant ( Halal ) - jalan kaki
- Jalan2 tengah Hatyai Centre - jalan kaki
- Pergi Klong Hae Floating Market - naik tuktuk (500bath)
- Asian Night Bazaar - naik tuktuk (20/30bath per person)



Notes: Floating Market ni buka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja start 3pm mcm tu. So plan your holidays kay .. rugi tak pergi sana sbb makanan banyakkkk sgt and semua sedap! Must try! Nak pergi sana boleh naik Grab or Tuktuk. Naik grab dalam 125bath mcm tu..naik tuktuk kitorang kena 500bath (time ni ada salah faham sikit dengan driver tuktuk yg takfaham bahasa -_-) Mahal kay 500bath tu.


DAY 2 (8 DISEMBER 2018)


           
 Little me @ Hatyai Centre    

 Lapar's face @ Kelantan Restaurant

- Breakfast kat Khaleed Restaurant (Roti canai dia gebu, nasi lauk daging dia recik hawau) - jalan kaki
- Naik tuktuk pergi Big Market (20bath/person)
- Jalan2 kat Hatyai Centre
- Makan2 kat Kelantan Restaurant (Tomyam padu babe, kitorang makan 3 org habis 450bath aje, murah kan? kitorang order banyakkk sgt)
- Malam,  keluar pergi Hatyai Centre lagi, makan Nasi Lemak paling famous kat situ, selalu ramai. Lupa dah nama kedai, tp sodappp!
- Malam kat Hatyai Centre ada Night Market ye.



Notes: korang boleh pergi Samilla Beach, Songkhla.. kitorang takpergi sbb bajet out, shopping byk sgt *For sure kitorang kaki shopping kan* so next time kitorang repeat lg., cost nak pergi sana dengan Grab and Tuktuk mahal, pergi ramai boleh jimat banyak, or pergi dengan kereta sendiri.


DAY 3 (9 DISEMBER 2018)

- Check out hotel
- Breakfast kat Khaleed Restaurant lagi sbb dekat dengan hotel
- Naik tuktuk pergi Bus station, naik van dari Hatyai - Padang Besar (50bath ke 100bath, i lupa dah)

RM400 tu include transport, hotel, makan,shopping dekat Malaysia & Thailand. 

Tempat wajib korang pergi di Hatyai
- Hatyai Centre City
- Night Market
- Asian Night Bazaar
- Big Market
- Klong Hae Floating Market
- Samilla Beach, Songkhla
- Cable Car
- Chang Puak Camp
- Greenway
-Tang Kuan Hill

Tempat makan
- Khaleed Restaurant
- Kelantan Restaurant
- Salma's Restaurant
- Hamid Restaurant
- Kaitod Decha
- Dimsum Chabura
- banyak sgt tempat makan, i lupa dah nama tempat makan tu.

Thankyou for your time!
 
Officially Copyright and Fully Design by NUEY ANIS
Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon