Popia Coklat Nestum

Assalamualaikum w.b.t dan selamat tengah malam. * sbb ciknis tgh taip entry ni pukul 12.05 am kan. hahaha. Okay straight to the point sis nak share resepi yg dah lama terbantut, malam ni baru sempat nak share kat blog ciknis.

Jom kita main masak-masak! Kita buat Popia Coklat Nestum.


Emmm yummy! ni gambar yang ciknis dah siap buat apa sume. Hah jom belajor cara nak buat. Sonang ajorrrr. Tak susah aihh.

1) Beli kulit popia kat mana2 supermarket. * Takkisah la jenama apa, asalkan korang rasa sedap utk dimakan nanti.



Kulit popia yang korang beli tadi, korang gulung2 mcm sis gulung * saiz popia ikut kehendak korang* Dah siap gulung sebanyak mana yang korang nak buat. Okey lets go to the next step!

2) Jom kita goreng ! 

Jangan goreng terlalu garing. goreng sampai nampak kuning2 sikit jorrr. 
Caution : Jangan menyanyi time goreng! nanti hangit ! Kikiki

3) Lepas siap goreng, letak popia yg goreng td dlm bekas tertutup *kita nak cairkan coklat! so to make sure popia kita tadi tak lemau or ore kelate panggil liut/masuk angin. Kikiki

4) Yessszaaa jom cairkan coklat, kalau ikut dlm gmbr kat bawah ni, ciknis guna coklat cadbury * Cis time kaya bolehla beli cadbury* Actually boleh je guna coklat jenama Beryl yg korang boleh dptkan di mana2 kedai bahan2 utk buat kek. Beryl 1kg lagi jimat! sama je kesedapannya.




Bila dah cair dah coklat kita tadi, korang dah boleh start dah ambik popia yg digoreng tadi, salutkan dgn coklat cair. Macam dalam gambar cikniss tu.
Dah siap salut coklat? Hah next step! almost done babeh!

4) Kita akan tepek2 bedak sikit kat popia coklat kita tadi, eh tepek nestum lah, masukkan serbuk nestum dalam satu mangkuk sederhana besar atau ikut suka hati korang lah nak pakai besar mana, then rendamkan popia2 kita, Camne nak buat? Okay tgk gambar kat bawah ...

Hah macam tu je. senang je kan, bukan susah pun. 

Bila dah siap tenggelamkan popia2 kita tadi dalam lautan nestum, maka ....
.
.
.
Tadaaaaa !!! dah siap !

Senang je kan ? bukan susah pun nak buat. Cuma malas dan rajin sahaja. Ciknis jual banyak balang haritu since raya syokkkk kalau ada popia nestum coklat ni ! Hah sape nak buat bisnes jual popia nestum coklat pun boleh uollssss. 

Selamat Mencuba gaisss ! sayonara haipp !

No comments:

 
Officially Copyright and Fully Design by NUEY ANIS
Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon