Resepi Kek Coklat Moist (kukus)

Assalamualaikum wahai readers sekalian!
Its been a long time tak update entry dkt blog. 

Okay jom belajar buat kek coklat moist dgn cikenis ni. Hahaha.

First step! 
baca Bismillahirahmanirahim dulu ❤️

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN ada dua bahagian ya. BAHAN A & BAHAN B ( ni bahan utk kek je tau, bukan toppingnya sekali )

BAHAN A 
1 cawan SERBUK KOKO ( tak kisah jenama apa pun )
1 cawan GULA PASIR ( gula yg selalu kita guna bancuh air )
1 cawan SUSU CAIR ( jenama apa pun tak kisah *Krimer Sejat* )
1 cawan MINYAK MASAK
½ cawan SUSU PEKAT

BAHAN B
1½ cawan TEPUNG GANDUM
1 sudu teh BIKARBONAT 
1 sudu teh BAKING POWDER
1 sudu teh ESEN VANILLA
3 biji TELUR

Okay ni nak start baking dah! Readyyy??? Setttt gooo! 

1. Masak bahan A tadi dalam periuk ( masukkan serbuk koko, gula pasir, susu cair, susu pekat,minyak masak ) dan kacau hingga sebati. Api kecil sahaja. Masak dalam 5 minit ++ *korang dah rasa sebati, bolehlah tutup api tadi. Sejukkan dulu bahan tadi. (bkn letak dlm peti ais! sejukkan bawah kipas cmtu je)

2. 3 biji telur dipecahkan dan kacau hingga sebati. Dah kembang, sebati .. campurkan acuan telur tadi dgn bahan A yg dah kita sejukkan.

3. Masukkan pula ESEN VANILLA ke dalam acuan Bahan A+Telur tadi. *Kacau sikit*

4. Get ready for Bahan B pulak. Now kita nak masukkan satu persatu bahan B ke dalam acuan Bahan A+Telur tadi. Kalau boleh ayak dulu Tepung Gandum, Bikarbonat, Baking Powder *utk dptkan kek yg gebu gebas, malas ayak pun takpe* Then, masukkanlah Tepung Gandum, Bikarbonat, Baking Powder ke dalam acuan kita Bahan A+Telur tu. Jangan lupa kacau sehingga sebati ya!

Dah siap kacau dah? dah? K good next step

5. Acuan kek kita tadi dah siap. Ready nak letak dalam loyang. Lepas letak acuan tadi ke dalam loyang, make sure korang kena cover permukaan loyang yg terbuka tu dgn aluminium foil/plastik pun boleh sbb taknak bagi wap air masuk dlm acuan kek kita tu *confirm takkan menjadi lah kek korang*

Haa cover mcm nilah 

6. Kukuskan 1 jam 10 minit. Api sederhana sahaja and make sure before kukus tu, air dlm kukusan dah mendidih. 

Tiktok tiktok. Mereputtt tunggu ... btw kalau korang nak topping coklat yg meleleh tuu. jom belajar buat. Kena prepare bahan lah sikit. sikit jee. Dlm 15 min kek nak masak tu korang dh boleh start buat topping utk kek ni. Jom!

BAHAN UNTUK TOPPING(GANACHE)
300 gm COKLAT MASAKAN ( takkisah jenama apa pun )
1 sudu besar SUSU PEKAT
½ cawan SUSU CAIR
2 sudu besar BUTTER
¼ cawan air panas

1. Panaskan susu pekat dengan susu cair guna kaedah double boiler.
Tak tahu apa itu double boiler?
Ni ye sistur cantik sekalian. Jangan lupa bawah tu masukkan air macam nak kukus la. Kita masak atas air panas! hehehe.

2. Then, dah sebati susu2 tadi, masukkan pulak coklat masakan kita. Kacau sampai cair okeh!
3. Padamkan api setelah coklat berserta susu2 tadi dah sebati. Masukkan butter. Kacau lagi sampai cair. Fuhh merecik coklat korang. leleh2 gtuuu. 

Then, kek kita dah masak and dah sejuk kan? haaaaa skrg masa nak lelehkan coklat kita td atas surface kek. Yummiess!

Kek coklat meleleh dah siap. Aummm. Yummy. Korang nak deco kek coklat korang pun boleh. Macam gambar2 kat bawah ni.

letak strawberry dgn blueberry pun sodappp ! 

nak letak topping ada kacang ke biskut ke pun boleh!

paling legend letak choco chips lah kan.

Hah! topping+decoration tu atas kehendak korang lah ye. Ikut citarasa masing2. 

Info tambahan yg kreatif dari cikenis : Selain kek, korang boleh buat acuan tadi jadi cupcake!
Hahhh tudiaaa. cantik molek. biasalah gmbr google kan. haha.

SELAMAT MENCUBA! TERIMA KASIH! 
4. Get ready for Bahan B. Now, masukkan satu persatu bahan B kedalam acuan Bahan A+Telur yg kita buat tadi. Kalau boleh masukkan dulu TEPUNG GANDU

No comments:

 
Officially Copyright and Fully Design by NUEY ANIS
Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon